Silver
Kris Collection® dan TOKAY
by SilverKris® merupakan
Pemborong/Pembekal dan Pembuat Pakaian dan Kelengkapan Tradisional dan Seragam.
Kedua-dua syarikat adalah merupakan syarikat bumiputera yang berdaftar secara
rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan giat
beroperasi dengan mempunyai dua buah cawangan yang terletak di Kompleks PKNS
Shah Alam, Selangor.
Kami
mempunyai pengalaman dan kepakaran yang amat meluas dalam bidang pembuatan
pakaian tradisional dan seragam selama hampir 30 tahun. Kesemua produk adalah
merupakan hasil kerja tangan daripada anak melayu sendiri dan bukannya daripada
produk kilang. Kami juga berupaya membekal dan memborong pakaian dan
kelengkapan tradisional seperti Baju Melayu, Songket, Songkok, Sejadah,
Tengkolok, Tudung, T-Shirt, Cap, Embroidery dan Uniform mengikut kehendak dan
keperluan pelanggan-pelanggan. Tempahan menjahit juga diterima samada secara
individu mahupun pukal serta pengubahsuaian pakaian juga dibuat.
Dengan
mengamalkan konsep mesra pelanggan, kami kini semakin dikenali dan mendapat
tempat di hati pelanggan-pelanggan di sekitar kawasan Lembah Klang dan Shah
Alam. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di
talian 012 2774501 | 012 9419981 atau temui kami di alamat-alamat
berikut:-
SILVER
KRIS COLLECTION® (001984383-W)
LOT
01-133, TINGKAT 1
KOMPLEKS
PKNS
PERSIARAN
TASIK
40000
SHAHA ALAM
SELANGOR
TOKAY
by SilverKris® (002258189-M)
LOT
G-60F-10, TINGKAT BAWAH
KOMPLEKS
PKNS
PERSIARAN
TASIK
40000
SHAH ALAM
SELANGOR
Email
: silverkriscollection@gmail.com