Monday, March 30, 2015

MAKLUMAN!!!


Assalamualaikum. Baru-baru ini, kami ada menerima pertanyaan mengenai hal penerimaan tempahan bersempena dengan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. Untuk makluman semua, buat masa ini, di Silver Kris Collection® dan TOKAY by SilverKris®, masih lagi MENERIMA tempahan baju melayu dewasa dan kanak-kanak. Jadi rebutlah peluang ini, jangan tunggu lagi.



JUALAN PROMOSI 20HB MAC SEHINGGA 8HB APRIL 2015

PENGUMUMAN!!! 

Bermula 20 Mac sehingga 8 April, 2015, temui kami di Booth 24, Zone B, Kompleks PKNS Shah Alam (kawasan tengah, berhampiran McD) untuk jualan promosi. Diskaun sehingga 50% ditawarkan. Jom shopping!




Friday, March 20, 2015

KERJA-KERJA MENJAHIT SAMPIN KANAK-KANAK

Kerja-kerja menjahit sampin kanak-kanak sedang giat dijalankan di TOKAY by SilverKris®. Video berdurasi 03.44 minit ini menceritakan segala-galanya.


Thursday, March 19, 2015

TEMPAHAN SIZE XXL KEATAS DITERIMA

Bagi mereka yang bersize besar, jangan bimbang kerana di Silver Kris Collection® dan TOKAY by SilverKris®, sedia menerima tempahan dari anda tidak kira apa jua potongan dan design yang diinginkan.






Monday, March 16, 2015

KOLEKSI SAMPIN DEWASA WARNA-WARNI PELANGI 2015

Warna-Warni Koleksi 2015 Sampin Songket Dewasa telah dilancarkan dan boleh didapati di butik Silver Kris Collection® dan TOKAY by SilverKris®. Bermula dari Sampin Songket Biasa hinggalah Eksklusif kini dengan corak-corak terbaharu. Sesuai untuk diberi sebagai hadiah, hantaran kahwin mahupun dipakai untuk mana-mana majlis istimewa dan perayaan. Corak dan warna unik yang berkualiti beserta tenunan halus dengan nilai-nilai seni tinggi. Pastinya si Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila ia mengenakan sampin dan songket.







Friday, March 13, 2015

TEMUI KAMI DI FACEBOOK DAN INSTAGRAM

Sealiran dengan peralihan pilihan peminat internet, kami juga kini melangkah setapak lagi dengan mengaplikasikan laman sosial Facebook dan Instagram sebagai pemangkin dan penghubung.

Kini para pelanggan boleh berinteraksi secara mudah dan cepat akan maklumat-maklumat terkini seperti berita, gambar, video dan tawaran dari Silver Kris Grp®, Silver Kris Collection® dan TOKAY by SilverKris®.

Pastikan anda klik link-link di bawah untuk bersama-sama dengan kami. Serta jangan lupa ADD, LIKE dan FOLLOW kami.

https://www.facebook.com/silverkriscollection

https://www.facebook.com/silverkriscollectionpkns

https://www.facebook.com/tokaybyskcoll


Thursday, March 12, 2015

KOLEKSI BAJU MELAYU WARNA-WARNI PELANGI 2015

AKAN DATANG!!! Koleksi baju melayu dewasa dan kanak-kanak KOLEKSI WARNA-WARNI PELANGI KOLEKSI 2015 bakal hadir dalam 31 variasi warna-warna indah pelangi tidak lama lagi. Kehadirannya dinanti setiap tahun oleh si bapa dan si comel kerana pastinya ia lebih indah dan cantik apabila digayakan sedondon.


Tuesday, March 3, 2015

KOLEKSI BUTANG BAJU MELAYU

Koleksi Butang Baju Melayu terbaharu dari kami di Silver Kris Collection® dan TOKAY by SilverKris®. Boleh didapati dalam pelbagai corak dan warna pada harga berpatutan. Antara aksesori kelengkapan pakaian tradisional anda.


 

Monday, March 2, 2015

KOLEKSI EDISI HITAM ITU MENAWAN

Baju Melayu berwarna Hitam yang terbaharu buat sang teruna ini baru saja dilancarkan. Masih lagi mengekalkan elemen-elemen klasik dan tradisionalnya serta diketengahkan dengan penggunaan fabrik dari jenis polyester dan kapas. Ianya sesuai untuk digayakan pada bila-bila masa. Koleksi Edisi Hitam Itu Menawan hadir dalam saiz S, M dan L dan boleh didapati di butik Silver Kris Collection® dan TOKAY by SilverKris®.



KOLEKSI KEMEJA BATIK

Koleksi Baju Kemeja Batik dari Silver Kris Grp® kini boleh didapati di Silver Kris Collection® dan TOKAY by SilverKris® telah pun berada di butik untuk jualan. Dijahit dengan penuh ketelitian dan kemasan yang cantik. Dapatkan Koleksi Baju Kemeja Batik ini sebagai salah satu daripada koleksi kemeja batik anda.








Sunday, March 1, 2015

TOKAY by SilverKris®

PEMBERITAHUAN!!!

TOKAY by SilverKris® merupakan satu lagi kualiti jenama dan produk yang dilahirkan oleh Silver Kris Grp®. Terletak juga di dalam Kompleks PKNS, Shah Alam, SELANGOR. Di TOKAY by SilverKris®, kami menawarkan satu lagi perkhidmatan jahitan untuk semua jenis keperluan jahitan iaitu menerima tempahan dan membaiki pakaian di mana kain dari jenis jeans juga di terima. Di samping itu, produk "ready-made" juga ada ditawarkan di butik kecil kami ini. Di TOKAY by SilverKris®, kami menjanjikan keutamaan kualiti amat dititiberatkan dan setiap helaian dijahit dengan penuh ketelitian dan kemasan yang tinggi, efisien dan menarik di dalam kelasnya yang tersendiri buat semua pelanggan-pelanggan kami. Bagi mendapatkan perkhidmatan kami, bolehlah ke LOT G-60F-10, TINGKAT BAWAH, KOMPLEKS PKNS, PERSIARAN TASIK, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR (bersebelahan Bank Simpanan Nasional).








BUTIK BAHARU SILVER KRIS COLLECTION®

PENGUMUMAN!!!

Para pelanggan yang dihargai. Bermula 1 September 2014, kami dengan secara rasminya telah berpindah dari Tingkat Bawah ke Tingkat 1 di Kompleks PKNS, Shah Alam dengan ruang yang lebih luas demi keselesaan dan kemudahan pelanggan-pelanggan. Kami telah pun beroperasi seperti biasa di butik baharu kami yang beralamat di LOT 01-133, TINGKAT 1, KOMPLEKS PKNS, PERSIARAN TASIK, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR. Temui kami di sana dan untuk maklumat lanjut bolehlah berhubung terus dengan kami.